Hayter rampas kembali kedudukan keseluruhan

LONDON, 10 SEPT – Ethan Hayter (gambar) berjaya memenangi peringkat kelima Jelajah Britain dalam acara pecut yang dikurangkan untuk kembali menerajui carta kedudukan secara keseluruhan pada perlumbaan kelmarin.

Hayter berjaya menewaskan Giacomo Nizzolo dan Dan McLay untuk melepasi garisan penamat di Warrington selepas rakan sepasukannya di Ineos Grenadiers, Owain Doull terlibat dalam pelanggaran.

Wout van Aert gagal meraih jersi selaku pendahulu dan Hayter berjaya merampas kembali kedudukan teratas secara keseluruhan, dengan perlumbaan berbaki lapan pusingan.

“Pada peringkat ini, saya mengenali banyak jalan-jalan dan ini adalah Jelajah Britain, jadi ia sangat luar biasa untuk memenangi sebagai pemandu Britain,” kata Hayter dari Manchester. “Saya terhutang budi dengan rakan sepasukan saya.”

Perlumbaan kelmarin, sejauh 152km bermula di Taman Alderley menuju Peak District, namun memecut ke garisan penamat sering dinanti-nantikan disebabkan jalan panjang yang rata menuju Warrington.

Mark Cavendish berjaya mengelak dari terlibat dalam pelanggaran selepas Doull terjatuh 600 meter dari garisan penamat disebabkan jalan raya licin, namun The Manxman kelihatan terpaksa bersaing dengan penunggang lain ini merebut kedudukan kelima.

“Saya tidak beraksi dengan cukup baik pada peringkat penghujung. Saya tidak percaya dengan situasi namun saya menukar gear dan ia sudah memadai.

“Banyak perlumbaan yang sukar, mungkin terdapat jurang esok dan beberapa hari kemudian, jadi ia sangat menarik untuk melihat apa yang kami mampu lakukan.”

Perlumbaan diteruskan dengan perlumbaan sejauh 198km dari Carlisle menuju Gareshead hari ini. – AFP