Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hazard, Chelsea kembali fokus gelaran

    LONDON, 31 Mac – Chelsea akan meneruskan persaingan cemerlang menghampiri gelaran Liga Perdana selepas rehat antarabangsa di mana fokus tertumpu pada masa depan Eden Hazard.

    Bintang dari Belgium berusia 26 tahun itu tidak beraksi dalam perlawanan Chelsea sebelumnya di Stoke City begitu juga bagi pasukan Belgium ketika menjalani penilaian masalah kaki yang dihadapinya tetapi akan kembali untuk kunjungan ke Crystal Palace di Stamford Bridge.

    Pemain penyerang tersebut, masih mendapati dirinya menjadi tumpuan berikutan laporan minggu ini dia menjadi sasaran pasukan Real Madrid.

    Hazard adalah salah satu faktor utama dalam penguasaan Chelsea terhadap kedudukan Liga Perdana musim ini. Pasukan Antonio Conte itu menghadapi Palace dengan mencatatkan kelebihan 10 mata dengan baki 10 perlawanan selepas menemukan semula rentak yang ditunjukkannya dalam kejayaan gelaran pada 2015.

    Chelsea berazam untuk mempertahankan pemain itu tetapi minat dari Sepanyol telah memberikan gangguan yang tidak diperlukan ketika Conte berusaha untuk mengekalkan konsentrasi pasukannya ketika persaingan.

    Conte, Hazard dan Chelsea secara amnya kini fokus kepada memburu gelaran Liga Perdana. – AFP
    Conte, Hazard dan Chelsea secara amnya kini fokus kepada memburu gelaran Liga Perdana. – AFP

    Tetapi usaha ketua jurulatih itu tidak dibantu dengan ulasan yang dibuat minggu ini oleh bekas presiden Real Madrid, Ramon Calderon yang menegaskan masa depan Hazard akan ditentukan oleh pemain itu sendiri.

    Calderon memberitahu stesen radio talkSPORT: “Chelsea bukanlah kelab jualan, jadi ia bukanlah mudah tetapi seperti selalunya ia bergantung ke atas hasrat pemain. Jika dia mahu keluar, dia akan keluar.”

    Tidak terdapat sebarang petanda Hazard mahu keluar dan Conte akan menjangka tindak balas pemain itu berbanding Palace yang menggariskan komitmen untuk kekal di Stamford Bridge.

    Kepulangan pemain penyerang Diego Costa (gambar bawah), yang tidak beraksi dalam pertemuan Sepanyol menentang Perancis kerana mengalami kecederaan lutut, juga membantu pasukan Conte bangkit sebelum rehat antarabangsa.

    Kejayaan di Stoke diselamatkan dengan jaringan lewat menerusi Gary Cahill yang hadir sebagai tamparan kepada Tottenham yang berada di tangga kedua yang berharap untuk mendapatkan kelebihan terhadap sebarang kesilapan yang dilakukan pasukan Conte.

    Dengan pertemuan separuh akhir Piala FA menentang Tottenham menjelang pada akhir April, Conte masih dalam laluan liga dan dua kejayaan piala dalam musim pertamanya dalam bola sepak Inggeris selepas meninggalkan jawatan sebagai jurulatih Itali pada musim panas yang lalu.

    Beberapa minggu yang lalu, kunjungan Palace dilihat sebagai rutin tiga mata bagi pasukan Blues.

    Bagaimanapun, mereka menunjukkan petanda peningkatan signifikan dengan keyakinan pengurus Sam Allardyce yang mengisikan kekosongan defensif yang menyumbang kepada kejatuhan pasukan itu di tiga tangga tercorot.

    Empat kemenangan dalam enam perlawanan, masing-masing dengan permainan bersih menggerakkan pasukan Allardyce empat mata dan dua tangga dari zon penyingkiran.

    Pemain yang baru ditandatangani Mamadou Sakho dan Luka Milivojevic mendapatkan pujian dengan menambah kekuatan terhadap pasukan tersebut.

    Rentak dari Wilfried Zaha membantu meningkatkan perdebatan mengenai keputusan pemain sayap itu untuk menolak England, biarpun mendapat dua kap dalam aksi persahabatan antarabangsa tetapi komited kepada Ivory Coast.

    Bercakap selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Ahad lalu menentang Lithuania, jurulatih England, Gareth Southgate dilihat untuk menggambarkan Zaha mengenakan skala masa bagi pemilihannya oleh pasukan England.

    Bagaimanapun, ulasan itu menarik tindak balas kuat dalam kenyataan yang dilakukan menerusi ejen pemain tersebut.

    Will Salthouse berkata: “Wilfried tidak memberikan skala masa atau menetapkan tarikh di mana dia telah dipilih oleh England tanpa ‘kehilangan masa’. Pertemuan ‘peribadi’ bersama Southgate adalah secara persepakatan.

    “Ia adalah pilihan peribadi Wilfried dan itu adalah haknya sebagai pemain senior untuk menerima peluang mewakili negara kelahirannya dan ia adalah warisan keluarganya.

    “Hasrat atau ‘keinginannya’ tidak seharusnya dipersoalkan kerana membuat keputusan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda