LONDON, 16 Sept – Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri memuji Eden Hazard sebagai pemain terbaik di Eropah selepas meledakkan hatrik ketika Chelsea menewaskan Cardiff City, 4-1 untuk mengekalkan permulaan sempurna jurulatih Itali itu dalam Liga Perdana Inggeris. Namun begitu, Sarri percaya Hazard boleh menjadi lebih prolifik sekiranya dia pandai menyimpan tenaganya untuk mencipta perbezaan dalam perlawanan