Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hazard puji rekod Stamford Bridge

    LONDON, 23 Feb – Bintang Chelsea, Eden Hazard (gambar) percaya sebahagian pasukan lawan sudah ditewaskan sebelum sepak mula lagi di Stamford Bridge.

    The Blues mempunyai kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana menjelang perlawanan hujung minggu ini, dengan Chelsea menjadi hos kepada pasukan bergelut, Swansea City.

    Mereka juga tidak sabar dengan pertembungan di Stamford Bridge bagi suku akhir Piala FA menentang Manchester United yang dikendalikan oleh bekas bos Blues, Jose Mourinho.

    Kemenangan 3-1 ke atas musuh London, Arsenal dalam perlawanan di laman sendiri baru-baru ini merupakan 11 kemenangan berturut-turut dalam semua persaingan di Stamford Bridge dan mereka belum tewas di depan penyokong sendiri sejak tewas kepada Liverpool pada 16 September.

    Dan bintang Belgium itu percaya prestasi hebat di kubu sendiri mampu mengangkat skuad Antonio Conte bagi menjuarai Liga Perdana. “Ya, ia sangat penting. Ia sukar untuk pasukan lawan datang ke sini dan menang,” kata Hazard.

    “Adakah saya dapat merasakan sebahagian pasukan rasa ditewaskan sebelum sepak mula? Ya. Kami bermain dengan lebih baik berbanding musim lepas.

    “Kami bermain dengan penuh keyakinan di atas padang. Anda tahu para penyokong memberikan segala-galanya, mereka menyokong kami.”

    “Saya masih ingat ketika menentang Tottenham (menang 2-1) awal musim ini apabila mereka menjaringkan gol, tetapi para penyokong terus menyokong dan menyanyi.”

    Hazard menambah: “Kami hanya perlu teruskan tumpuan. Ia sukar bermain di laman lawan kerana penyokong, tetapi kami bersedia, kami profesional. Kami boleh menangani tekanan.

    “Kami tahu jika kami mahu menjadi juara, kami perlu menang dalam sebahagian besar perlawanan di kubu sendiri.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda