Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    HCTM kembali hospital bukan COVID-19 mulai Oktober

    KUALA LUMPUR, 12 SEPT – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dijangka kembali beroperasi sebagai hospital bukan COVID-19 awal bulan hadapan, jika bilangan pesakit COVID-19 di hospital itu terus menurun.

    Menurut pengarahnya Prof Datuk Dr Razman Jarmin, bilangan pesakit COVID-19 mula menurun sejak bulan ini berikutan trend penurunan kes di Lembah Klang dan jika ini berterusan, hospital itu akan kembali beroperasi sebagai hospital bukan COVID-19 seperti perancangan Strategik Jawatankuasa Gerak Balas COVID-19 HCTM.

    “HCTM juga telah mendapati peningkatan kes bukan COVID-19 datang ke bahagian kecemasan. Fasa pemulihan untuk keperluan pesakit COVID-19 ke bukan COVID-19 telah dimulakan minggu ini dengan pengurangan katil pesakit,” katanya dan menambah keperluan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 masih lagi sama. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda