Heat jinakkan Celtic

LOS ANGELES, 11 Jan – Dwayne Wade keluar dari bangku simpanan untuk mencatatkan 19 mata dan Justise Winslow menghasilkan 13 mata dan 11 asis sepanjang kerjayanya ketika pasukan Miami Heat menewaskan Boston Celtic 115-99 awal pagi tadi.

Pasukan Heat, yang mendahului sehingga 26 mata, menggunakan keseimbangan serangan untuk menewaskan Celtics ketika setengah daripada pemain menjaringkan mata dua digit di depan 19,600 penonton di American Airlines Arena, Miami. Tanpa pemain bintang, pasukan Heat menghasilkan aksi yang konsisten daripada kerja keras pemain muda dan pemain veteran seperti Wade, yang direhatkan di bangku simpanan dalam musim NBA terakhirnya.

“Kami mencatatkan pendahuluan yang selesa, tetapi anda tahu mereka akan memberikan saingan,” kata Wade, 36. “Saya mendapatkan beberapa jaringan.”

Wade beraksi mantap dengan mencatatkan lapan dari 12 jaringan dari gelanggang dan tiga dari lima dari sekitar arc. Pasukan Heat menghasilkan hampir 50 peratus dari tiga mata mereka, mencatatkan 18 yang tertinggi musim ini.

“Kami mula mendapati rentak bagaimana untuk menang menentang pasukan yang bagus di gelanggang sendiri,’ kata Wade. Josh Richardson mencatatkan 18 mata dan Derrick Jones menjaringkan 14 mata bagi Heat, yang menamatkan dua kekalahan berturut-turut dan memperbaiki kedudukan kepada 20-20 musim ini.

Sementara itu, Kyrie Irving menjaringkan 22 mata tertinggi bagi Heat dan Marcus Smart 18 mata bagi Celtics, yang menamatkan empat kekalahan berturut-turut mereka.

Kekalahan itu berlaku 24 jam selepas Boston mencatat 135 mata tertinggi musim ini dalam kemenangan ke atas Indiana. Pemain pertahanan Heat, Dion Waiters, yang kembali lebih awal bulan ini setelah menjalani pembedahan buku lali yang menyebabkan dia tidak beraksi 32 perlawanan, menamatkan dengan lapan mata. – AFP