Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Heat kecewa disingkirkan Nets

    MIAMI, 27 MAC – Miami melucutkan pendahuluan NBA Eastern Conference semalam selepas persembahan lemah dalam kekalahan 110-95 kepada Kevin Durant dari Brooklyn Nets.

    Durant menjaringkan 23 mata, Seth Curry menambah 17 dan Andre Drummond mempunyai 13 mata dan 11 rebound dalam kemenangan ketujuh Brooklyn dalam sembilan perlawanan.

    Heat sementara itu mencatat kekalahan keempat berturut-turut dan merosot kepada 47-28, mata peratusan di belakang Philadelphia 76ers pada 46-27 untuk tempat teratas dalam Eastern Conference.

    “Kami tidak risau dan panik tetapi kami perlu menyelesaikan beberapa isu,” kata pengawal Heat Kyle Lowry. “Ini adalah salah satu daripada beberapa perlawanan di mana awda benar-benar perlu berkata, ‘Okey kami perlu memikirkan dan menyelesaikan beberapa perkara.’

    Bam Adebayo memimpin Miami dengan 14 mata sementara bintang penyerang Jimmy Butler mencatat tujuh mata sahaja dalam 2 daripada 9 jaringan.

    Aksi Kevin Durant membawa bola sementara dikawal Bam Adebayo semasa perlawanan di antara Miami Heat dan Brooklyn Nets di Arena FTX di Miami, Florida pada 26 Mac 2022. – AFP

    “Kami perlu mencari jalan untuk mendapatkan lebih banyak mata dan kurang bola terlepas,” kata Lowry. “Berhubung barisan pertahanan, kami perlu memikirkan hala tujuan kami sepanjang masa. Kami masih mempunyai beberapa isu sukar membuat keputusan.”

    Nets memaksa Heat melepaskan 21 pemilikan bola dalam mempertingkat keputusan kepada 39-35, kekal tiga perlawanan di belakang tempat keenam Toronto dan tempat terakhir playoff Eastern.

    “Ia mengecewakan,” kata Tyler Herro daripada Miami.

    “Pada masa ini kami mahu beraksi dengan prestasi terbaik kami.

    Kami akan terus berusaha dan memikirkan penyelesaian sebelum playoff.”

    Sementara itu, kebakaran speaker berhampiran kasau memaksa Toronto Raptors menghentikan perlawanan mereka semasa menentang Indiana dan mengosongkan Arena Scotiabank sebelum pertandingan berakhir tanpa penonton.

    Polis berkata tidak ada kecederaan dilaporkan. Perkhidmatan Bomba Toronto telah meminta pemindahan sebagai langkah berjaga-jaga.

    Perlawanan dihentikan dengan Raptors mendahului Pacers 66-38 dengan perlawanan berbaki 4:05 dalam suku kedua.

    Toronto seterusnya menang 131-91 dengan Pascal Siakam menjaringkan 23 mata dan Scottoe Barnes menambah 19 mata.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...