Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Heat singkirkan Hornets

    LOS ANGELES, 11 NOV – Miami Heat mensia-siakan 15 mata kelebihan pada suku ketiga, namun kekal bertahan untuk mengalahkan Charlotte Hornets 117-112 pada masa tambahan, kelmarin.

    Jimmy Butler mengungguli dengan 35 mata, 10 rebound dan lapan assist. Bam Adebayo menambah 18 mata dengan 14 rebound.

    Walaupun ketiadaan Tyler Herro, Heat mendahului dengan 15 mata pada suku kedua dan ketiga.

    Mereka mendahului 12 mata pada suku keempat, namun, berbaki 6:50saat, the Hornets menyamakan kedudukan 104-104 pada penghujung perlawanan.

    Hornets ketinggalan satu mata dengan baki 14:8saat sebelum Kelly Oubre dipersalahkan kerana bergerak selepas menerima hantaran inbound.

    Gabe Vincent mengambil kesempatan itu dengan membuat dua baling-an percuma sekali gus memberikan kelebihan kepada Heat, serta cubaan tiga mata Terry Rozier yang tersasar menambah duka Hornets.

    Oubre menyumbangkan Hornets dengan 29 mata dan Rozier menambah 22 mata. – AFP

    Aksi Gabe Vincent (kiri) bersaing dengan James Bouknight semasa perlawanan bola keranjang antara Miami Heat dan Charlotte Hornets di Arena FTX, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda