Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Heathrow kembali tahap terbaik

    LONDON, 13 FEB – Lapangan Terbang Heathrow ‘kembali ke tahap terbaiknya’ apabila mencatatkan permulaan paling sibuk tahun ini sejak sebelum pandemik melanda, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik ketua eksekutif lapangan terbang itu, John Holland-Kaye.

    Lapangan terbang paling sibuk di Britain itu mengendalikan lebih 5.4 juta penumpang melalui Heathrow pada Januari, tahap yang tidak pernah berlaku sejak awal 2020.

    Ia berlaku ketika lapangan terbang di Britain mengalami gangguan menjelang Krismas apabila anggota Pasukan Sempadan melancarkan mogok pada Disember.

    Namun pada hari ini, lapangan terbang itu menyatakan pihaknya sudah berjaya mengurus isu itu dan memberi jaminan bahawa operasi berjalan seperti biasa dengan masa menunggu untuk pemeriksaan imigresen hanya minimum ketika mogok berlangsung.

    Skor keseluruhan kepuasan penum-pang kini melebihi paras pascapandemik, umum lapangan terbang itu.

    Pada Januari, sebanyak 97 peratus tempoh menunggu penumpang kurang dari 10 minit untuk pemeriksaan keselamatan, katanya.

    Holland-Kaye berkata, “Heathrow kembali ke tahap terbaiknya, dengan skor kepuasan penumpang mencapai atau melebihi tahap 2019. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 30 November 2021 menunjukkan penumpang tiba di Terminal 5 Heathrow di barat London. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda