Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    HECAS 2023 kini dibuka

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Pengambilan Pusingan Kedua HECAS 2023 secara dalam talian bagi kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Politeknik Brunei (PB) bagi tahun akademik 2023/2024 akan bermula hingga 12 September.

    Kursus-kursus yang ditawarkan adalah di peringkat ijazah pertama, diploma tertinggi kebangsaan dan diploma tahap 5.

    HECAS dibukakan kepada pemegang kad pintar Brunei Darussalam yang sah, iaitu kad pintar berwarna kuning, ungu atau hijau.

    HECAS tidak memproses permohonan di bawah Skim Latihan Dalam Perkhidmatan atau permohonan orang asing yang tidak mempunyai kad pintar disebutkan.

    Pemohon boleh menggunakan keputusan yang diramal untuk memohon ke IPTA (UBD dan UNISSA). Pemohon yang berjaya akan diberi tawaran bersyarat oleh institusi berkenaan.

    Sebelum tarikh tutup, pemohon dikehendaki untuk membuat pembayaran tertunggak melalui aplikasi mudah alih BIBD atau secara tunai di Kaunter 8 (Unit Tunai dan Hasil), Blok C, Tingkat Bawah, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan serta memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam senarai semak institusi.

    HECAS dibukakan kepada pemegang kad pintar Brunei Darussalam yang sah, iaitu kad pintar yang berwarna kuning, ungu atau hijau sahaja. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda