Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Heechul ditinggalkan kekasih

    Ahli kumpulan Super Junior, Heechul mengakui dia pernah putus cinta dengan teman wanitanya hanya kerana kegilaannya bermain permainan video.

    Pendedahan itu dibuat Heechul atau nama sebenarnya, Kim Hee Chul, 38, ketika mengacarakan episod kesembilan program hiburan Fallen for Korea – International Couple yang memaparkan isu tentang permainan video.

    Heechul berkata disebabkan kegilaannya terhadap video game, teman wanitanya pada ketika itu telah angkat kaki kerana tidak tahan mendapat kekasih yang terlalu obses pada permainan video.

    Rakan pengacaranya, Kim Won Hee sempat mencelah dengan meninggalkan pesan terhadap Heechul agar cepat-cepat buang hobi tersebut sebelum dia mendirikan rumah tangga kelak. “

    Awak perlu buang obses terhadap permainan video sebelum nak berkahwin nanti,” katanya. – Agensi

    Heechul mengakui dia pernah putus cinta dengan teman wanitanya hanya kerana kegilaannya bermain permainan video. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda