Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hegerberg kembali beraksi

    LYON, 18 JULAI – Pemain penyerang yang produktif, Ada Hegerberg berhasrat untuk kembali beraksi dalam saingan antarabangsa dan membantu pasukan Norway mencatat prestasi yang cemerlang dalam Piala Dunia Wanita yang akan bermula minggu ini.

    Pemenang Anugerah Ballon d’Or itu mengambil keputusan untuk meninggalkan pentas antarabangsa pada tahun 2017 kerana bimbang mengenai layanan tidak adil yang diberikan kepada pasukan wanita oleh persekutuan bola sepak Norway.

    Ketiadaannya selama lima tahun menyebabkan dia terlepas kejuaraan Piala Dunia 2019, di mana Norway berjaya mara ke peringkat suku akhir, sebelum beliau kembali semula pada Euro 2022.

    Namun, kejohanan itu tidak begitu berjaya, apabila Hegerberg gagal menjaringkan sebarang gol ketika Norway dibelasah teruk oleh pasukan tuan rumah, England dengan keputusan 8-0 dan mereka terpaksa keluar awal dari peringkat kumpulan.

    Kini pada usia 28 tahun, Hegerberg, penjaring terbanyak sepanjang masa Liga Juara-Juara Wanita, berhasrat untuk menggunakan kesempatan ini untuk menunjukkan potensinya dan mencapai kejayaan yang belum pernah dicapai sebelumnya semasa pertandingan pembukaan Piala Dunia nanti menentang tuan rumah bersama, New Zealand, Khamis ini.

    “Walaupun banyak perkara yang perlu diselesaikan, tetapi saya berasa gembira dapat bersama mereka lagi,” katanya kepada AFP menjelang kejohanan dari Lyon, di mana dia bermain untuk juara Perancis dan juara Liga Juara-Juara sebanyak lapan kali itu.

    “Ia memberi saya lebih banyak peluang untuk memberi sumbangan kepada bola sepak wanita, di dalam dan luar padang,” tambahnya. – AFP

    Aksi Ada Hegerberg semasa perlawanan di Stadium St Mary di Southampton, selatan England pada 7 Julai 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda