Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Heidi Klum terima lamaran Tom Kaulitz

    MODEL terkenal Heidi Klum kini dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasih baharunya Tom Kaulitz. Heidi, 45, menerusi Instagram memuat naik cincin pemberian gitaris Tokio Hotel yang baharu sahaja berusia 29 tahun itu.

    Dalam foto hitam putih itu juga melihatkan hubungan mesra pasangan berkenaan yang menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu. Heidi pada kapsyen foto menulis i said yes yang bermakna dia menerima lamaran tersebut.

    Biarpun jarak usia 16 tahun ia tidak menjadi halangan buat Tom menerima wanita tersebut sebagai pasangan hidupnya. Segala pesona yang ada pada wanita itu membuatkan Tom benar-benar jatuh cinta dan ingin bersamanya. – Agensi

    Heidi mendedahkan saat bahagianya itu di laman sosial miliknya baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda