Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Helikopter ambulans bawa enam orang terhempas di Chile

    CURACAVÍ, 8 MEI – Pasukan penyelamat di Chile sedang menjalankan operasi mencari di kawasan pergunungan tengah negara itu selepas sebuah helikopter ambulans udara yang membawa enam orang terhempas, menurut pihak berkuasa penerbangan awam.

    Pesawat itu sedang membawa seorang pesakit apabila ia terputus hubungan dengan pihak berkuasa berhampiran Gunung Cerro El Roble di kawasan Curacaví, di luar Santiago, menurut Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGAC) lewat kelmarin.

    “Pesawat ambulans awam Piper Cheyenne II, nombor pendaftaran CC-CCC, yang berlepas dari Santiago menuju ke Arica, telah terhempas dengan enam orang berada di dalamnya,” kata DGAC di platform X.

    Tambahnya, “Satu operasi pencarian besar-besaran telah dilancarkan.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda