Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Helikopter bawa lima penumpang dilapor hilang

    MANILA, 1 MAC – Sebuah helikopter yang membawa lima orang penumpang dilaporkan hilang di wilayah Palawan, barat daya Filipina sejak pagi kelmarin, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP).

    Helikopter tersebut mengendalikan penerbangan pemindahan perubatan dari pulau Mangsee yang terletak di bahagian barat daya Balabac, sebuah perbandaran di wilayah Palawan, dalam perjalanan ke Hospital Wilayah Palawan Selatan di Brook’s Point. Ia dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan, kata jurucakap CAAP, Eric Apolonia dalam teks mesej kepada Xinhua

    Helikopter Aloutte, dengan nombor pendaftaran N45VX, berlepas pada pukul 7:30 pagi waktu tempatan dengan membawa pesakit di bandar Balabac dan dijangkakan tiba pada 10:30 pagi di Hospital Wilayah Palawan Selatan di Brooke’s Point, kata Apolonia.

    “Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” tambahnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda