Helikopter Marikh berjaya dalam penerbangan pertama bersejarah

WASHINGTON, 19 APRIL – NASA berjaya menerbangkan helikopter kecilnya, Ingenuity di Marikh awal hari ini, pesawat pertama yang terbang di planet lain.

Pada 3:34 pagi waktu Timur, pesawat kecil seberat 1.8kg itu dilepaskan, terapung 10 kaki di atas permukaan Marikh, kemudian kembali semula selepas 39.1 saat.

Data dan imej daripada pesawat automatik itu telah dihantar ke bumi yang jauhnya 278 juta kilometer di mana ia diterima oleh sekumpulan antena NASA dan diproses lebih tiga jam kemudian.

Para jurutera berasa cemas menyaksikan skrin mereka di Makmal Pendorongan Jet di California, di mana misi itu telah direka dan dirancang selama enam tahun lalu.

Mereka bersorak dengan salah seorang daripadanya membaca tugas senarai semakan Ingenuity yang telah dicapai dan diakhiri: ‘Ingenuity telah melakukan penerbangan pertamanya – pesawat pertama berkuasa elektrik terbang di planet lain’.

Ingenuity serta-merta menghantar imej hitam putih daripada kamera navigasinya yang menunjukkan bayangan seperti kumbang pada permukaan.

Lebih banyak imej dan video dijangka akan menyusul kemudian. – AFP

Imej dari NASA yang diambil oleh helicopter Marikh. – AP