Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Helikopter mendarat cemas, 4 petugas KKM selamat

    KOTA KINABALU, 25 SEPT –  Sebuah helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger milik Layang Layang Aerospace Sdn Bhd yang dinaiki lima individu termasuk empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pendaratan cemas di sebuah sungai terpencil  di Kampung Buayan, Penampang, tengah hari tadi.

    Pengerusi Sabah Air Aviations, Datuk Kenny Chua berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika pesawat terbabit sedang dalam penerbangan rutin untuk Perkhidmatan Doktor Udara di kawasan terpencil di Sabah.

    “Keempat-empat kakitangan KKM terbabit bersama juruterbang pesawat dilaporkan selamat berikutan tindakan segera juruterbang mendaratkan helikopter itu selepas mengesan isyarat amaran dalam sistem pesawat.

    “Selepas mendarat dengan selamat, juruterbang membuat panggilan kecemasan bagi memaklumkan situasi sebelum sebuah helikopter Sabah Air Aviation yang dalam misi perubatan ke Tawau menerima panggilan berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

    Beliau berkata juruterbang helikopter Sabah Air itu kemudian menghantar mesej ke ibu pejabat syarikat penerbangan itu di Tanjung Aru sebelum sebuah helikopter lain bersama seorang jurutera dan dua juruteknik dihantar kira-kira 12:30 tengah hari. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda