Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Helikopter mendarat cemas ketika latihan menyelamat

    KUALA LUMPUR, 5 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan bahawa helikopter jenis AW139 kendaliannya melakukan pendaratan cemas ketika latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9:55 pagi.

    Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya pada10:15 pagi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu daripada pemancing.

    Beliau berkata pesawat itu diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

    “Aset Maritim Malaysia yang diatur gerak ke lokasi kejadian ialah Bot Pengawal 25 dari Maritim Negeri Selangor, bot RH 16 dan PSC 39 dari Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang dan sebuah pesawat AS 365 N3 Dauphine Maritim Malaysia dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).

    “Semua kru AW139 diselamatkan oleh pesawat AS 365 N3 dan telah diterbangkan ke SUMS,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Hamid berkata sebelum itu, bot pemancing di lokasi kejadian telah memberi bantuan awal kepada kru terbabit dan 10 anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) serta KM Bagan Datuk turut diatur gerak bagi melakukan kawalan keselamatan.

    Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 11:15 pagi dan APMM akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian. – Bernama

    Sebuah helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pendaratan cemas ketika latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi, hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...