Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Helikopter pelancong terhempas di pantai Kauai, seorang cedera

    HAWAII, 28 FEB – Seorang cedera apabila sebuah helikopter pelancong terhempas di pantai terpencil di pulau Kauai, Hawaii, kata jabatan bomba daerah kelmarin.

    Sebuah helikopter yang dikendalikan oleh Jack Harter Helicopters terhempas di Pantai Honopu di Pantai Napali, kawasan berceranggah di Kauai yang hanya boleh diakses dengan mengembara berjalan kaki, berkayak atau lawatan udara.

    Helikopter itu membawa seorang juruterbang dan empat penumpang, kata Jabatan Bomba Kauai dalam satu kenyataan.

    Seorang penumpang mengalami kecederaan belakang.

    Juruterbang dan tiga penumpang lain tidak cedera.

    Sekeping gambar yang dikeluarkan oleh pihak bomba menunjukkan sebuah helikopter yang remuk berada di atas pasir.

    Sebuah helikopter bomba membawa penumpang yang cedera ke paramedik yang menunggu di Lapangan Terbang Princeville. Yang lain telah diambil oleh sebuah lagi helikopter Jack Harter.

    Panggilan telefon untuk mendapatkan komen daripada Jack Harter Helicopters di Lihue tidak segera dibalas. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda