Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Helikopter terhempas bawa 7 kru ditemui

    SEOUL, 1 NOV – Anggota penyelamat yang mencari tujuh penumpang sebuah helikopter Korea Selatan yang terhempas di laut sejurus berlepas dari sebuah pulau kecil yang dipertikai dengan Jepun, menemui pesawat itu hari ini, kata pihak berkuasa.

    Helikopter terbabit baru sahaja mengambil seorang nelayan cedera dari Dokdo atau dikenali Takeshima di Jepun apabila ia terhempas malam semalam. Pesawat itu ditemui pada kedalaman 72 meter dan sejauh 600 meter dari selatan pulau kecil itu, kata seorang wakil pengawal pantai kepada media, namun tidak dapat mengesahkan jika mayat ditemui.

    Katanya, helikopter terbabit ‘bukan dalam keadaan asal’ akibat impak nahas.

    Selain pengawal pantai, anggota Agensi Bomba Nasional dan bot awam mencari penumpang helikopter terbabit, sementara Kementerian Pertahanan turut menghantar pesawat dan penyelam di kawasan itu, kata jurucakap agensi bomba.

    Helikopter terhempas adalah jenis Eurocopter EC225, buatan syarikat Eropah, Airbus.

    Tujuh penumpang di dalamnya terdiri daripada lima penyelamat, nelayan dan seorang orang awam. “Pesakit berada dalam bot nelayan apabila hilang satu jari akibat kemalangan dan kru membawanya ke Dokdo dan menunggu helikopter penyelamat di sana.

    “Pesakit memerlukan pembedahan perubatan segera dan hanya boleh dilakukan di hospital tanah besar,” kata pegawai agensi bomba. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda