Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Helikopter terhempas di Nepal, 5 terbunuh

    KATHMANDU, 7 OGOS – Sebuah helikopter terhempas di tengah Nepal hari ini, mengorbankan kesemua lima orang termasuk juruterbang dan empat penumpang warga China.

    Nepal mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang teruk dan republik Himalaya itu telah menyaksikan beberapa pesawat ringan dan helikopter terhempas selama beberapa dekad.

    Helikopter Air Dinasty sedang dalam penerbangan ke Syabrubesi, tempat permulaan untuk banyak laluan perjalanan jauh yang popular dengan pelancong, dari ibu kota Kathmandu.

    Ia terputus hubungan kira-kira tiga minit selepas berlepas, menurut kenyataan akhbar daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, dan terhempas di daerah Nuwakot di utara ibu negara.

    “Kesemua lima penumpang termasuk juruterbang terbunuh,” kata jurucakap polis Dan Bahadur Karki kepada AFP.

    Pegawai daerah, Nuwakot Ram Krishna Adhikari berkata kelima-lima mayat telah dikeluarkan dari lokasi kemalangan dan operasi masih diteruskan. – AFP

    Pasukan penyelamat dilihat di tapak helikopter terhempas di kawasan Suryachaur, yang terletak di barat laut Kathmandu, Nepal, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda