Sunday, April 13, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Helikopter terhempas di Sungai Hudson

    NEW YORK, 11 APRIL – Sebuah helikopter terhempas di Sungai Hudson, New York kelmarin mengorbankan kesemua enam orang termasuk tiga kanak-kanak, kata Datuk Bandar New York, Eric Adams.

    Mangsa yang terbunuh termasuk juruterbang dan lima penumpang dipercayai merupakan satu keluarga dari Sepanyol.

    Helikopter milik syarikat New York Helicopters itu berlepas pada 2:59 petang sebelum hilang kawalan dan terhempas ke dalam sungai berhampiran kawasan Lower Manhattan sekitar 3:15 petang waktu tempatan, kata pegawai berkuasa.

    Pasukan penyelam dari Jabatan Polis New York (NYPD) dan Jabatan Bomba Bandaraya New York (FDNY) telah bertindak pantas bagi mengeluarkan kesemua mangsa dari dalam air.

    Empat daripada mereka telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berdekatan.

    Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memaklumkan helikopter terbabit merupakan model Bell 206.

    FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) akan menjalankan siasatan, dengan NTSB mengetuai penyiasatan.

    Jurucakap NYPD turut memaklumkan bot-bot milik polis juga turut dikerahkan untuk membantu operasi menyelamat di Sungai Hudson. – Bernama

    Pasukan penyelamat berusaha mengalihkan serpihan helikopter dari Sungai Hudson di bandar Jersey, New Jersey, pada 10 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda