Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Helikopter terputus hubungan di timur Indonesia

    JAKARTA, 21 FEB – Sebuah helikopter dengan tiga penumpang dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara di wilayah Maluku Utara, timur Indonesia pada kelmarin, lapor Xinhua.

    Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Wilayah, Fatur Rahman ketika dihubungi agensi berita itu pada Rabu berkata helikopter itu gagal berkomunikasi dengan menara kawalan trafik udara pada 1:16 petang waktu tempatan ketika ia terbang di sekitar hutan di daerah Halmahera Tengah.

    Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat melibatkan 300 anggota daripada pelbagai agensi sedang dijalankan di lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan.

    Beliau berkata helikopter kendalian firma PT Weda Bay Nickel itu membawa tiga penumpang, terdiri daripada dua juruterbang dan seorang penumpang. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda