LIVERPOOL, 31 OGOS – Liverpool mengumumkan hari ini bahawa ketua pasukan, Jordan Henderson telah melanjutkan kontrak jangka masa panjang yang baharu bersama kelab dan dilaporkan akan kekal bersama kelab gergasi England itu sehingga 2025. “Jordan Henderson telah menandatangani satu kontrak baharu bersama Liverpool FC dan mengesahkan komitmen jangka masa panjang kepada The Reds,” menurut kenyataan.