Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Henderson ucap sayonara kepada Liverpool

    LONDON, 27 JULAI – Kapten Liverpool Jordan Henderson mengucapkan selamat tinggal kepada peminat kelab itu semalam menjelang perpindahannya ke kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq nanti.

    Pemain berusia 33 tahun itu bakal mengakhiri tempoh selama 12 tahun di Anfield, di mana dia mendapat penghormatan dari semua kelab utama, apabila menyertai bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Steven Gerrard, yang kini menjadi pengurus pasukan Liga Pro Arab Saudi.

    “Sukar untuk mengungkapkan 12 tahun terakhir ini dengan kata-kata dan lebih sukar untuk mengucapkan selamat tinggal,” kata Henderson, pemain antarabangsa England, dalam satu tulisannya di Instagram. “Saya akan sentiasa bersama awda hingga hari saya meninggal dunia.

    “Terima kasih atas segalanya. Awda tidak akan pernah berjalan sendirian,” tulisnya.

    Henderson menambah dalam video yang disertai tulisan: “Saya berada di bilik persalinan (Liverpool) untuk kali terakhir, jadi, seperti yang awda bayangkan, ini sangat emosional.

    Gambar Freepik

    “Saya perlu cuba menjelaskan apakah erti 12 tahun terakhir yang cukup bermakna ini bagi saya dan keluarga saya.

    “Menjadi kapten Kelab Bola Sepak Liverpool adalah salah satu penghormatan terbesar dalam hidup saya.

    “Sejak hari saya dilantik sebagai kapten, saya melakukan segala yang saya mampu untuk bertindak seperti seorang kapten yang sewajarnya.

    “Terima kasih kerana membenarkan saya menjadi sebahagian daripada kelab awda, terima kasih atas sokongan awda dalam senang dan susah,” jelasnya.

    Henderson membawa pasukan Liverpool meraih gelaran liga Inggeris pertama mereka dalam 30 tahun pada tahun 2020. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda