Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Seramai 52 orang kakitangan dan warga pengurusan Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi) telah menderma darah pada kempen menderma darah yang dianjurkan syarikat berkenaan di ibu pejabatnya di Pulau Muara Besar, hari ini.
Kempen yang dikendalikan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) itu merupakan yang ketiga dianjurkan oleh Hengyi sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.
Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan dan faedah pendermaan darah yang kerap di samping mendorong kakitangan dan pihak pengurusan Hengyi untuk membantu menyelamatkan nyawa melalui amalan menderma darah.
