BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Bagi mengemas kini perkembangan Projek Pulau Muara Besar, Hengyi Industries Sdn Bhd telah mengadakan majlis muzakarah ke-10 bersama pihak berkepentingan yang melibatkan agensi kerajaan yang berkaitan dan komuniti setempat sekitar Mukim Serasa.
Muzakarah telah diadakan di Pejabat Hengyi di The Empire Hotel & Country Club, hari ini dan dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Kementerian Kewangan, FAST, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Pihak Berkuasa Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Jabatan Perikanan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Buruh, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan DARe.
Antara tujuan muzarah berkenaan adalah untuk mengemas kini pihak berkepentingan mengenai perkemba-ngan di Pulau Muara Besar dan aktiviti-aktiviti akan datang serta peluang-peluang pekerjaan di Hengyi. Ia juga memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk membangkitkan isu-isu dan kebimbangan.
Taklimat telah disampaikan oleh Eksekutif Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE), Sham Khiruddin dan diikuti dengan sesi soal jawab.
