Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Henrique berhijrah ke Corinthians

    RIO DE JANEIRO, 1 Jan – Juara Serie A Brazil, Corinthians telah mencapai perjanjian untuk menandatangani bekas pemain pertahanan dari Brazil, Henrique beberapa selepas pemain berusia 31 tahun itu meninggalkan Fluminense.

    Henrique merupakan antara lapan pemain yang dilepaskan Fluminense minggu lalu di mana juara empat kali dari Brazil itu cuba untuk melonggarkan kadar gaji pemain.

    Corinthians masih menunggu pengesahan bahawa Henrique bebas dari agen sebelum membuat makluman rasmi, menurut pengurus kelab, Alessandro Nunes.

    “Kami sudah mencapai perjanjian tetapi dia perlu membatalkan kontrak dengan Fluminense,” Nune memberitahu Globo Esporte.

    Henrique, tonggak barisan pertahanan yang telah membuat tujuh penampilan untuk pasukan antarabangsa Brazil, menghabiskan dua musim di Fluminense selepas berpindah dari Napoli pada 2015.

    Sementara itu, pemain tengah Paraguay Nestor Ortigoza menyertai Rosario Central untuk pinjaman selama 18 bulan, menurut kelab dari Argentina baru-baru ini.

    Pemain berusia 33 tahun itu dilepaskan oleh kelab Paraguay Olimpia, di mana dia masih mempunyai kontrak sehingga 2019.

    “Saya berharap untuk menonjolkan kebolehan saya kepada peminat dalam perlawanan pertama,” kata Ortigoza dalam rakaman video yang dimuat naik dalam laman sesawang rasmi Rosario Central.

    Ortigoza dilahirkan di Argentina tetapi memperolehi kerakyatan Paraguay pada 2009 dan menampilkan aksi pertama antarabangsa setahun kemudian.

    Rosario Central sekarang menghuni tangga ke-21 dalam Divisyen Primera Argentina yang menyaksikan 28 pasukan bersaing selepas 12 aksi perlawanan dalam musim 2-17-2018. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda