Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Henry Cavill tinggalkan watak Superman

    Pelakon Henry Cavill mengumumkan tidak lagi memegang watak Superman dalam siri terbaharu filem superhero berkenaan yang kini dalam proses pembikinan.

    Menurut Henry, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan pengerusi bersama DC Studios yang baru dilantik iaitu James Gunn dan Peter Safran kerana mereka mahu mengubah jalan cerita filem berkenaan.

    “Ia adalah satu berita sedih. Saya tidak akan kembali sebagai Superman. Ini bukan satu keputusan yang mudah. Saya mengumumkan untuk kembali sebagai Superman sebelum ini sebelum pelantikan mereka.

    “Saya menghormati keputusan James dan Peter untuk mencipta sesuatu yang baru. Kepada sesiapa yang terlibat dalam filem ini saya ucapakan selamat maju jaya,” katanya.

    Pelakon berbadan tegap itu menulis perkara tersebut dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

    Dia juga mengingatkan kepada semua peminat untuk terus memberi sokongan kepada watak Superman walaupun ia dibawakan dengan cara berbeza oleh pelakon lain.

    “Kepada yang sentiasa bersama saya, awda boleh rasa sedih untuk seketika. Tetapi ingatkan Superman masih kekal ada.

    “Giliran saya untuk memakai baju Superman sudah berlalu, namun dia tetap ada. Seronok dapat bersama awda semua,” jelasnya. – Agensi

    Ramai peminat kecewa apabila Henry tidak lagi terlibat dalam filem Superman. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda