MONTREAL, 29 APRIL – Thierry Henry sedang menyesuaikan keadaan pada masa ini sementara Montreal Impact dengan pasukan Major League Soccer sedang menunggu penghujung arahan perintah berkurung koronavirus.
Bekas bintang Perancis, Arsenal dan Barcelona, Henry, mengambil alih tugasan pengurus Montreal menjelang musim 2020, tetapi tugasannya sebagai pengurus telah digantungkan hanya selepas dua perlawanan apabila COVID-19 telah menyebabkan sukan di Utara Amerika itu dihentikan pada bulan lalu. Bercakap menerusi konferensi video kelmarin, Henry berkata dia kekal positif ketika dia menunggu untuk melihat apa yang akan berlaku.
Ketua Major League Soccer berkata liga tidak akan disambung seawal-awalnya sehingga 8 Jun, dengan mereka sedang melalui senario yang berbeza yang memungkinkan musim 2020 boleh dihabiskan.
“Tiada seorang pun yang mengetahui siapa yang akan berpindah, apa yang akan terjadi. Kami menunggu jika kami boleh kembali bermain bola sepak semula,” kata Henry kelmarin.
“Apa yang kami boleh lakukan ialah untuk kekal fokus dan bersedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku. Mereka akan mengambil keputusan dan kami akan melaksanakan apa sahaja yang mereka ingin kami lakukan. – AFP