Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Henti amalan lantikan ke kabinet sebagai ganjaran

    PUTRAJAYA, 27 NOV – Di samping mengecilkan saiz kabinet, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau juga akan menghentikan amalan melampau yang menjadikan pelantikan ke jawatan menteri sebagai satu bentuk ganjaran.

    “Saya mahu mereka (anggota Kabinet) menyokong saya berdasarkan dasar-dasar saya, dan komitmen saya terhadap tadbir urus yang baik, komitmen saya terhadap usaha anti-rasuah, dan memulihkan ekonomi… itu sebenarnya.

    “Sudah tentu kita boleh pertimbangkan satu atau dua kes yang benar-benar diperlukan, tetapi ia tidak sepatutnya dilihat sebagai memberi ganjaran kepada pemimpin politik agar mereka menyokong anda,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 di sini.

    Merujuk kepada tarikh pengumuman barisan Kabinet, beliau berkata ia akan dibuat dalam beberapa hari akan datang, kerana beliau sedang berbincang dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

    “Saya mengadakan perbincangan yang baik dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (Pengerusi Gabungan Parti Sarawak) semalam.

    “.. kemudian saya perlu berbincang dengan wakil Barisan Nasional (BN), mereka ada jawatankuasa kerja yang akan memberi beberapa saranan,” katanya dan menambah beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor hari ini. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...