Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Hentikan keganasan di Myanmar’

    SEOUL, 1 FEB – Korea Selatan (KS), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan 19 buah negara lain hari ini telah mengeluarkan kenyataan bersama menyeru agar keganasan di Myanmar ditamatkan, ketika ulang tahun kedua rampasan kuasa tentera di negara Asia Tenggara itu.

    Kenyataan yang ditandatangani oleh menteri-menteri luar dan ketua diplomatik EU mendesak rejim tentera Myanmar untuk menamatkan keganasan dan mewujudkan ruang bagi sesi dialog yang bermakna dan inklusif bagi membolehkan sebarang proses demokrasi dapat disambung semula, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Kementerian Luar Korea Selatan.

    Kenyataan itu juga menggesa masyarakat antarabangsa menyokong usaha memaksa mereka bertanggungjawab terhadap pencabulan dan penyalahgunaan hak asasi manusia, serta memenuhi keperluan kemanusiaan rakyat Myanmar.

    Pada 1 Februari 2021, kerajaan Aung San Suu Kyi telah digulingkan dalam rampasan kuasa tentera selepas parti Liga Kebangsaan untuk Demokrasi memenangi pilihan raya kebangsaan pada November 2020.

    Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini, sekurang-kurangnya 2,890 orang kehilangan nyawa sejak rampasan kuasa itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda