Hampir setiap minggu kami para peniaga di Bandarku Ceria (BKC) mengalami kecurian barang. Saya sendiri pada awalnya tidak mengesyaki hal kecurian ini sebelum saya sendiri mengalaminya pada Ahad lalu.
Seminggu sebelumnya saya tidak menyedari salah satu barang jualan saya dicuri. Saya sebenarnya tidak mahu memperbesarkan hal ini kerana berkemungkinan barang itu bukan rezeki saya. Namun, hal kecurian ini bukan hanya dialami oleh saya sahaja malah para peniaga lain juga mengadu barangan mereka dicuri.
Justeru kami sebagai peniaga tidak mahu perkara ini semakin berleluasa sehingga membuatkan para peniaga lain mengalami kerugian. Kami bukanlah tidak mahu melaporkan kepada pihak berkenaan, namun apa bukti kukuh kami mengalami kecurian dan malah kami tidak mahu menuduh sesiapa sebenarnya.
Kami hanya mampu berharap agar sesiapa saja yang mencuri itu agar menghentikan kegiatan mereka. Mungkin di antara kami sudah tahu siapa yang disyaki dan hanya menunggu waktu sahaja bertindak. Kami bersusah payah bangun awal pagi dan mengeluarkan modal yang besar bukan untuk ditindas. Jikalau mahu, tidak mustahil kami dengan rela hati memberikannya tapi tidak perlu mencuri.
Peniaga