Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    ‘Hentikan perbalahan sesama sendiri di media sosial’

    LABUAN, 18 SEPT – Ketua Umno Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa anggota parti di semua peringkat supaya menghentikan pergaduhan antara puak dalam pelbagai platform media sosial yang boleh membawa kepada konflik dan perbalahan yang tidak diingini.

    Beliau berkata ahli UMNO sepatutnya menggunakan platform media sosial secara bijak untuk menangkis unsur-unsur negatif dan fitnah daripada kalangan musuh politik.

    “Saya bersetuju sepenuhnya dengan seruan Presiden UMNO (Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya ahli parti tidak bergaduh sesama sendiri dalam media sosial, sebaliknya menggunakan platform itu untuk menentang musuh.

    “Apa yang kita boleh lihat sekarang ialah perang politik dalam pelbagai platform media sosial, sebagai orang parti kita mesti cukup baik dan pantas untuk menangkis, menentang dan bertindak balas terhadap mana-mana elemen yang berpotensi menjejaskan kekuatan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara peringkat Labuan di Dewan Konvokesyen Kompleks Ujana kewangan di sini hari ini.

    Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata walaupun ‘pergaduhan kecil’ dalaman parti masih wujud, tetapi tidak melibatkan keseluruhan spektrum UMNO. – Bernama

    Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berucap pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2022 di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan