Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hentikan segera semua aktiviti pembakaran

    KUCHING, 31 JULAI – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menggesa semua syarikat dan pengusaha ladang di Sarawak agar segera menghentikan sebarang aktiviti pembakaran berikutan keadaan cuaca panas dan kering pada masa ini.

    Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut mengingatkan pemilik tanah supaya berwaspada serta memantau tanah mereka dan kawasan sekitar bagi mengesan sebarang tanda kebakaran.

    “Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan sebarang aktiviti seumpama itu kepada Lembagai Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) menerusi talian hotline atau pejabat NREB terdekat.

    “Kerjasama anda amat penting bagi memastikan keselamatan orang awam dan melindungi alam sekitar sepanjang tempoh ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Uggah berkata wilayah berkenaan sedang berdepan cuaca panas dan kering berpanjangan, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran dengan ketara khususnya di kawasan mudah terdedah kepada kebakaran seperti Bahagian Mukah dan Miri.

    Beliau berkata semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (DDMC) telah diarahkan untuk mengaktifkan dan bersiap sedia dengan pasukan tindak balas masing-masing.

    “Penekanan perlu diberikan kepada penyelarasan yang berkesan di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan tindakan segera dapat diambil untuk memadam kebakran dan menyalurkan bekalan air kepada penduduk yang berdepan kekurangan keperluan asas itu,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda