Heo Sung Tae sanggup buat apa sahaja untuk nampak jahat

Pelakon Heo Sung Tae berkongsi pengalaman menarik sepanjang penggambaran drama Squid Game.

Menurut laporan Wow, salah satu babak yang tidak boleh dilupakan ialah adegan intim Heo Sung Tae bersama aktres Kim Joo Ryeong yang dilakukan di dalam tandas.
Aksi yang dilakonkan mereka itu mengundang pelbagai reaksi daripada penonton.

Sehingga ada yang menganggap babak itu lebih menjijikkan daripada adegan brutal yang ditonjolkan dalam drama berkenaan.

Dalam temubual bersama TenAsia, Heo Sung Tae berkata penggambaran babak itu berjalan lancar atas bimbingan baik daripada pengarah.

“Saya dan Kim Joo Ryeong kena buat banyak adegan sulit yang harus menggunakan tubuh dan sering berkelahi.

“Semasa penggambaran saya perlu lebih berhati-hati… mulanya saya risau tentang babak tertentu tapi akhirnya semua berjalan lancar selepas mendapat bantuan pengarah dan penerbit.

“Sebelum itu saya sudah berbincang dengan pengarah mengenai karakter Duk Soo dan dia meminta saya melakukan aksi terbaik.

“Jadi saya memutuskan untuk melakukan semua babak tanpa ragu-ragu sekuat dan sekotor mungkin,” ujarnya yang turut memaklumkan rambut dan tatu pada tubuhnya dihasilkan oleh jurugaya bagi menghidupkan watak antoganis.

Squid Game kini menduduki tangga pertama dalam carta Netlix di Amerika Syarikat dan trending di 83 buah negara. – Agensi

Heo Sung Tae akui tidak berdepan masalah sepanjang menjalani penggambaran drama Squid Game. – Agensi