MIAMI, 1 NOV – Pemain Australia Lucas Herbert memenangi gelaran PGA AS pertamanya semalam, memukul dua di bawah par 69 dalam keadaan berangin dan hujan untuk menguasai Kejohanan Bermuda sebanyak satu strok.
Angin kencang dan hujan lebat menghambat pemain sepanjang pusingan akhir di Padang Golf Port Royal di Southampton.
Namun permain berusia 25 tahun itu bergelut untuk menamatkan 72 lubang di 15 di bawah 269, menewaskan pemenang Masters 2018 Patrick Reed dan pemain New Zealand Danny Lee sebanyak satu pukulan.
“Ia amat sukar di luar sana. Ia merupakan hari di mana par genap akan menjadi skor yang baik,” kata Herbert.
“Saya rasa seolah-olah saya berhempas-pulas di luar sana. Awda benar-benar membuat pukulan yang baik dan tidak menerima ganjaran. Awda perlu tabah dan tetap sabar dan kejayaan akhirnya menjadi milik saya.”

Herbert membenam pukulan birdie 30 kaki di lubang ke-14 untuk merebut mata pendahuluan dan berakhir dengan empat par untuk menewaskan pesaingnya.
“Saya berseronok kerana bergelut di luar sana,” kata Herbert. “Ada kalanya saya duduk di belakang payung dan saya sukakannya.”
Pemain Amerika Patrick Rodgers menduduki tempat keempat pada 271 dengan pemimpin lubang-54 Taylor Pendrith dari Kanada dan pemain AS Scott Stallings, yang mencatat 62, berkongsi kedudukan kelima di 272.
Pemain dunia nombor 57, Herbert, yang akan bersaing untuk kedudukan 50 teratas pada minggu depan, merupakan pemenang Jelajah Eropah dua kali, setelah memenangi Dubai Desert Classic pada tahun lalu dan Terbuka Ireland Julai lalu.
Herbert, yang mencatat 65 dalam kejohanan PGA AS pada Jumaat dan Sabtu, memperoleh keputusan PGA terbaik sebelumnya dengan kedudukan ke-18 pada acara Memorial tahun ini.
Reed, juara Masters 2018, suka cabaran keadaan berangin tersebut.
“Ia membenarkan kami menjadi kreatif,” katanya. “Awda boleh memukul 1,000 pukulan berlainan mengikut hala tiupan angin. – AFP