PARIS, 9 FEB – Syarikat gergasi barangan mewah Perancis, Hermes, mencatatkan rekod jualan tahunan dan keuntungan bersih hari ini, dengan rancangan untuk memberi ganjaran kepada semua pekerja di seluruh dunia dengan bonus berikutan pertumbuhan kukuh di setiap rantau pada 2023. Kumpulan itu melaporkan keuntungan sebanyak 4.3 bilion euro (AS$4.6 bilion), meningkat 28 peratus daripada 2022,

