Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Herminia: Perancis keluar amaran merah

    RENNES, 27 JAN – Perancis meletakkan kawasan Brittany di barat negara itu kepada amaran cuaca merah, hari ini, ketika ribut kencang mengakibatkan paras air meningkat di mana ia tidak pernah berlaku sebelumnya sejak beberapa tahun.

    Ribut Herminia telah menyebabkan hujan lebat terutamanya di wilayah Ille-et-Vilaine, termasuk pusat pentadbiran Rennes turut mengalami banjir paling teruk dalam tempoh 40 tahun.

    Jabatan Kaji Cuaca, Meteo France, memberi amaran keadaan boleh menjadi lebih teruk.

    Manakala, lapan daripada wilayah lain di Perancis berada dalam amaran cuaca jingga untuk banjir, banjir kilat atau dalam kes Alps Perancis, runtuhan salji.

    “Kami tidak pernah melihat banjir yang paling teruk ini,” kata Datuk Bandar Rennes, Nathalie Appere, kelmarin. “Paras air tidak akan surut sehingga lusa,” tambahnya.

    Bandar itu hujung minggu lalu telah memindahkan kira-kira 400 penduduk yang tinggal di jalan-jalan berhampiran terusan Saint-Martin, dan menjadikan gimnasium sebagai tempat perlindungan sementara.

    Paras air yang semakin meningkat telah mengapungkan bot-bot rumah di terusan ke paras yang sama dengan kereta yang diletakkan di jalan. – AFP

    Gambar menunjukkan kawasan kediaman dilanda banjir berhampiran sungai Ille di Rennes, barat Perancis pada 27 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda