Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hero Stone untuk mangsa tragedi landasan kereta api maut dilancar

    BANGKOK, 18 APRIL – Dr Silva Kumar dan pasukannya daripada rakyat Malaysia dan India di Bangkok (MIB) akhirnya berjaya memasang hero stone di Kanchanaburi bagi memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban dalam pembinaan landasan kereta api maut yang terkenal antara Thailand dan Myanmar.

    Silva, yang juga pengerusi MIB, berkata selepas lima tahun bersusah payah, hero stone itu akan dilancarkan oleh Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel pada 1 Mei bertepatan dengan Hari Buruh di Malaysia untuk mengingati buruh paksa yang bekerja dari tahun 1944 hingga 1947.

    Silva berkata hero stone yang diperbuat daripada granit yang dikuari dari Madurai, India mempunyai ketinggian 2.5 meter dengan lebar 1.5m, berat hampir tiga tan, dan anggaran harga antara RM80,000 hingga RM90,000 itu akan didirikan di Chedi Niranam dalam Wat Thaworn Wararam.

    Menurut Silva, penderitaan besar yang dialami oleh tawanan perang (POW) Bersekutu dan buruh paksa Asia yang juga dikenali sebagai ‘Romusha’ dalam bahasa Jepun, semasa pembinaan Rel Thailand-Burma sepanjang 415 kilometer itu, kurang diberi perhatian kerana kesedaran yang sangat sedikit.

    Jumlah sebenar kematian tidak diketahui, tetapi dianggarkan kira-kira 100,000 orang telah terbunuh termasuk 12,000 POW Bersekutu dan puluhan ribu Romusha, yang terpaksa bekerja dalam keadaan mengerikan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...