Hero telenovela Rosalinda masih kacak

Masih ingat dengan telenovela popular dari Amerika Latin berjudul Rosalinda yang menjadi kegilaan penonton Malaysia pada tahun 2000.

Terbaharu penampilan terkini hero drama berkenaan iaitu Fernando Carillo mencuri tumpuan peminat.

Memasuki usia 55 tahun, Fernando yang membawa watak Fernando Jose Altamirano del Castillo dalam drama bersiri itu dilihat semakin gagah dan bahagia menimang cahaya mata kedua yang kini berusia lima bulan.

Bukan sahaja memiliki tubuh yang sado, Fernando juga mempunyai beberapa ukiran tatu istimewa di badannya.

Meskipun usia semakin meningkat, Fernando berkata itu bukanlah penghalang untuk dia kekal aktif dan sihat seperti lelaki muda lain.

Malah, menerusi Instagram, Fernando kerap memuat naik foto menyertai aktiviti sihat seperti bersenam.

Penampilan terakhir Fernando di arena lakonan menerusi drama No Fear Of Truth dan filem Bendecidas.

Aktor kelahiran Venezuela ini menetap di Mexico bersama isteri, Maria Gabriela Rodriguez dan anak damitnya yang dilahirkan pada Mac lalu.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Catherine Fulop, Fernando memiliki seorang anak bernama Angel Gabriel Carrillo berusia 13 tahun. – Agensi

Fernando Carillo mencuri tumpuan peminat dengan penampilan kekal muda. – Agensi