BERLIN, 25 Feb – Robert Lewandowski dan Jupp Heynckes terlepas dari mencatatkan rekod apabila pendahulu Bundesliga, Bayern Munich kecewa dengan keputusan seri tanpa gol di tempat sendiri ke atas Hertha Berlin semalam.
Di sebalik keputusan mengecewakan Bayern mempunyai kelebihan 20 mata dalam kedudukan dengan pasukan yang di kedudukan kedua, Borussia Dortmund yang bakal menyambut kedatangan Augsburg esok.
Selepas berjaya menumpaskan Besiktas yang menurunkan 10 orang pemain dengan keputusan 5-0 di tempat sendiri dalam perlawanan pertama kelompok 16 pasukan terakhir bagi Liga Juara-Juara Selasa lalu, Hertha berkongsi mata dengan Bayern yang menunjukkan permainan yang tidak memuaskan.
Ini adalah kali pertama Bayern gagal menjaringkan gol di tempat sendiri dalam Bundesliga sejak Mei 2015.
Kemenangan berturut-turut mereka dalam 14 permainan dalam semua perlawanan telah berakhir dan ini adalah kali kedua mereka menyaksikan kejatuhan mata liga musim ini di Allianz Arena.

Heynckes berkata “Kami boleh menghadapi mata ini. Saya tidak boleh menyalahkan pasukan saya sama sekali, kami mempunyai sikap yang baik.”
“Kami bersungguh-sungguh terutamanya dalam separuh pertama, mencipta beberapa peluang yang baik, tetapi sukar berdepan dengan pasukan yang bijak mempertahankan benteng mereka.
“Kami membazirkan banyak peluang yang luar biasa tetapi situasi-situasi sebegini sudah pernah dialami,” katanya.
Ini adalah keputusan seri pertama dalam perlawanan liga bagi Bayern sejak Oktober, dengan keputusan 2-2 apabila menentang Hertha di Berlin yang juga menyusuli perlawanan Liga Juara-Juara, kekalahan mereka 3-0 menentang Paris Saint-Germain yang mengakibatkan ketua jurulatih Carlo Ancelotti disingkirkan dari jawatannya. – AFP