Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Hertz beli 65,000 kenderaan elektrik Polestar

    WASHINGTON, 4 APRIL – Syarikat sewa kereta, Hertz merancang untuk membeli sekitar 65,000 kereta elektrik dari pembuat kereta elektrik premium Sweden, Polestar dalam tempoh lima tahun ketika ia merancang untuk merangsang armada sewa kereta elektriknya.

    Syarat-syarat kewangannya tidak didedahkan.

    Kenderaan itu dijangka diperolehi di Eropah pada musim bunga dan di Amerika Utara dan Australia lewat tahun ini.

    Pengumuman itu muncul lebih lima bulan selepas Hertz berkata ia akan membeli 100,000 kenderaan elektrik dari Tesla.

    Ia adalah pembelian terbesar kereta berkuasa bateri dalam sejarah. Hertz juga berkata ketika itu ia akan menubuhkan rangkaian pengecasan kenderaan elektriknya sendiri ketika ia berusaha untuk menghasilkan armada kereta elektrik sewa terbesar di Amerika Utara.

    Hertz merancang untuk memasarkan kenderaan elektriknya untuk pelanggan perniagaan dan santai serta pemandu berkongsi kenderaan.

    “Dengan bekerja bersama pemimpin industri kereta elektrik seperti Polestar, kami boleh membantu mempercepatkan pengadaptasian elektrifikasi sambil menyediakan penyewa, pelanggan korporat dan rakan kongsi sebuah produk kenderaan elektrik premium, pengalaman luar biasa dan jejak karbon rendah,” kata CEO Hertz, Stephen Scherr dalam satu kenyataan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...