Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hetero hasil 100 juta dos vaksin Sputnik V

    MOSCOW, 27 NOV – Salah satu pemaju vaksin COVID-19 Rusia, Sputnik V mengumumkan syarikat pengeluar ubat-ubatan yang berpangkalan di India, Hetero, akan menghasilkan lebih 100 juta dos suntikan vaksin itu.

    “Hetero, salah satu syarikat farmaseutikal generik terkemuka, bersetuju untuk menghasilkan lebih 100 juta dos setiap tahun di India, yang merupakan vaksin berdaftar pertama di dunia bagi menentang jangkitan COVID-19, iaitu Sputnik V,” kata Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) dalam satu kenyataan.

    Menurut RDIF, pengeluaran dijangka bermula awal 2021. Awal minggu ini, Rusia berkata keputusan interim daripada ujian klinikal Sputnik V menunjukkan vaksin itu berkesan sehingga 95 peratus, sama dengan vaksin antarabangsa yang turut menghasilkan keberkesanan keputusan ujian sebanyak 90 pe-ratus atau lebih tinggi.

    Rusia turut mengumumkan vaksin Sputnik V dijual pada harga AS$10 (RM40.71) satu dos di pasaran antarabangsa, lebih murah berbanding vaksin COVID-19 lain yang berdaftar.

    Rusia adalah negara pertama mengumumkan pendaftaran vaksin COVID-19 pada Ogos lalu, yang digelar Sputnik V sempena satelit era Soviet.

    Setakat ini, ujian vaksin itu berada di tahap ketiga dan terakhir dengan lebih 40,000 sukarelawan terbabit dalam ujian rahsia yang menggunakan dua individu berbeza.

    Selain dari India, RDIF mengatakan Sputnik V juga akan dihasilkan di Brazil, China dan Korea Selatan.

    Ketua RDIF, Kirill Dmitriyev, berkata beliau yakin Sputnik V akan menjadi sebahagian penting daripada portfolio vaksin kebangsaan di setiap negara yang sanggup untuk melindungi penduduknya daripada COVID-19. – AFP

    Gambar fail menunjukkan botol kaca vaksin COVID-19 semasa ujian klinikal vaksin dijalankan. Hetero akan menghasilkan lebih 100 juta dos suntikan vaksin Sputnik V. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda