Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hetty sudah hubungi Siti Nurhaliza isu langgar hak cipta

    Penyanyi terkenal Indonesia iaitu Hetty Koes Endang sudah menghubungi Datuk Seri Siti Nurhaliza susulan kekecohan dakwaan dia melanggar hak cipta lagu berjudul Kasih.

    Suami Hetty iaitu Yusuf Faishal memberitahu menerusi perbualan tersebut Siti menjelaskan dia hanya bertindak sebagai penerbit dan isu berkaitan rakaman DVD adalah di bawah Universal Music Malaysia (UMM).

    Susulan itu, pihaknya menyerahkan kepada syarikat rakaman berkenaan selaku pengedar DVD Konsert Satu Suara Volume 2 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada November 2015.

    “Sudah berkomunikasi dengan Siti dan dia serahkan kepada UMM. Siti hanya menerbitkan konsert, soal rakaman (album) adalah di bawah UMM.

    “Mereka juga sudah siapkan pasukan peguam. Itu yang sepatutnya, bukan penyanyi,” katanya seperti dilaporkan Liputan6.

    Tindakan menghubungi pihak-pihak berkenaan dibuat selepas komposer Richard Kyoto mendakwa Hetty, 67, menyanyikan lagu Kasih tanpa keizinan selain menukar lirik karya ciptaannya itu pada konsert berkenaan.

    Selain itu, Richard mempertikaikan lagu tersebut yang dinyanyikan Hetty dimasukkan dalam album DVD konsert tersebut.

    Menjawab dakwaan tersebut, pihak pengurusan Hetty iaitu HKE Management sebelum ini telah menjelaskan situasi sebenar di mana hanya mengikut permintaan penganjur.

    Hetty menyebut Siti Nurhaliza Porduction sebagai penerbit konsert dan UMM pula sebagai pengedar rakaman DVD yang dijual secara komersial. – Agensi

    Richard (kiri) dakwa Hetty langgar hak cipta lagu Kasih. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda