NEW YORK, 25 FEB – Pemenang Grand Slam sebanyak dua kali, Lleyton Hewitt dinamakan sebagai Hall of Fame class 2021 Tenis Antarabangsa kelmarin, bersama dengan jelajah profesional wanita Original 9.
Anugerah buat bekas pemain nombor satu, Hewitt diperoleh semasa ulang tahun ke-40 pemain kelahiran Australia tersebut.
Hewitt, yang memenangi 30 kejuaraan perseorangan peringkat jelajah sepanjang 18 tahun kariernya, akan dipilih dalam Kategori Pemain.
Bukan sahaja dia dipilih oleh kumpulan media Hall of Fame, ahli sejarah dan pemenang Hall of Fame, dia mendapat tempat pertama dalam undian peminat global yang dibuat tahun lalu.
Hewitt menewaskan Pete Sampras di final Terbuka AS pada 2001 dan menyandang tempat pertama di ranking ATP. Hewitt meraih kejuaraan Wimbledon tahun berikutnya dan merupakan finalis di Terbuka Australia pada 2005.
“Saya sangat berbesar hati menerima anugerah dilantik dalam Hall of Fame Tenis Antarabangsa,” kata Hewitt.
“Apabila anda bersaing, anda terlalu fokus kepada latihan dan keputusan pada minggu atau tahun tersebut, anda tidak menjangkakan sesuatu seperti ini,” tambahnya.
“Tetapi apabila semuanya dikumpul dan dianggap layak untuk menjadi pemenang Hall of Fame, itu merupakan pengiktirafan tertinggi bagi seorang pemain, dan saya sangat berbesar hati,” kata Hewitt.
Profesional tenis wanita Orginal 9 – pemain Amerika Syarikat, Peaches Bartkowicz, Rosie Casals, Julie Heldman, Billie Jean King, Kristy Pigeon, Nancy Richey dan Valerie Ziegenfuss serta pemain Australia, Judy Tegart Dalton dan Kerry Melville Reid – mengambil tindakan 50 tahun lalu apabila mereka enggan menerima ketaksamaan dan perbezaan dalam hadiah wang yang ditawarkan dan peluang bermain antara tenis lelaki dan wanita. – AFP
