Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    HI-FEMS+ bantu kontraksi otot

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Peranti estetik pertama dan prosedur pembentukan badan tidak invasif yang membangunkan otot dan membakar lemak, HI-FEMS+ telah memasuki pasaran Brunei.

    Menurut kenyataan salon kecantikan, D’Moore De Beaute yang menawarkan rawatan menggunakan peralatan tersebut, peranti berkenaan menggabungkan dua tenaga iaitu rangsangan elektromagnet berintensiti tinggi (HIFEMS) dan rangsangan otot elektrik (EMS) bagi kontraksi otot pada masa yang sama yang mengaktifkan lebih banyak serat otot dalam sesi 30 minit, bersamaan dengan 20,000 senaman bangkit tubi dan membakar lemak.

    Prosedur berkenaan dapat merawat perut, lengan, kaki dan bahagian punggung.

    Di samping itu, ia turut dipadankan dengan tenaga rangsangan elektromagnet yang berintensiti tinggi, sehingga dapat memberi keberkesanan penembusan dalam, rangsangan seluruh bahagian pelvic floor dan urinary incontinence dengan serta merta; serta meningkatkan kawalan pundi kencing.

    Dengan satu sesi selama 30 minit menggunakan HIFEMS+ boleh membawa kesan kepada kontraksi ribuan otot pelvic floor yang lebih besar bersamaan dengan 11,000 senaman Kegel, yang sangat penting untuk latihan semula otot.

    Dengan peranti berkenaan, disyorkan untuk melakukan rawatan intensif dua kali seminggu secara berkala. Selepas enam rawatan, kelemahan otot pelvic floor boleh diperbaiki.

    Kajian klinikal menunjukkan selepas enam rawatan, sebanyak 95 peratus pelanggan yang mengalami urinary incontinence berpuas hati dengan kualiti hidup mereka, dan sehingga 93 peratus pula mendapati wanita mengalami peningkatan fungsi seksual mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...