Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hias kereta dengan lampu Krismas, pelancong didenda

    BANGKOK, 18 DIS – Polis Pattaya telah mengeluarkan denda sebanyak kira-kira AS$15 kepada seorang pelancong Rusia kerana memandu sebuah kereta yang dihiasi dengan lampu Krismas berwarna-warni di jalan raya bandar peranginan itu di wilayah Chonburi kelmarin.

    Pelancong berkenaan, dikenali sebagai Invanov (nama keluarga dirahsiakan), 25, ditahan oleh pegawai polis tempatan ketika memandu sebuah Toyota Vios yang dihiasi dengan lampu kelip-kelip pelbagai warna di Jalan Sukhumvit berhampiran Persimpangan Chaiyaphruek di daerah Bang Lamung.

    Menurut pihak polis, mereka menerangkan kepada pelancong itu bahawa menghias kenderaan dengan lampu berkelip tanpa kebenaran adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan denda sebanyak 500 baht.

    Invanov mendakwa dia menghias keretanya dengan lampu berwarna-warni itu sebagai usaha mencipta suasana perayaan, mengambil inspirasi daripada rakan-rakannya di Bangkok. Namun, dia mengaku tidak mengetahui bahawa perbuatannya itu telah melanggar undang-undang Thailand.

    Sehubungan itu, pihak polis Pattaya turut memaklumkan kepada orang awam agar tidak menghias kenderaan mereka dengan lampu kelip-kelip atau dekorasi perayaan lain seperti tanduk rusa palsu.

    Tindakan tersebut, menurut pihak berkuasa, boleh menimbulkan kekeliruan atau menghalang pandangan pemandu lain, sekali gus melanggar Seksyen 12 dan 60 Akta Kenderaan Bermotor 1979 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga AS$57. – ANN/The Nation

    Polis Thai memberi amaran bahawa menghias kenderaan dengan lampu atau tanduk rusa tiruan boleh dikenakan denda sehingga AS$57. – ANN/The Nation
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda