Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hiasan dalaman penyeri sesebuah ruang

    HIASAN dalaman adalah seni dan sains yang menambah keindahan bahagian atau ruang dalaman sama ada kediaman, pejabat atau restoran.

    Ia antara pendekatan terbaik untuk mencapai persekitaran menyenangkan, sarat nilai estetika dan selesa buat penghuni atau tetamu.

    Ia bermakna pereka dalamanlah yang berperanan untuk merancang, menyelidik, menyelaras dan menguruskan projek hiasan dalaman selain disesuaikan dengan konsep dekorasi pilihan.

    Reka bentuk ruang juga dirancang rapi supaya penggunaannya lebih berkesan dan memberikan kesejahteraan kepada pengguna.

    Paling penting reka bentuknya berfungsi dalam menyumbang kepada perkembangan profesion pereka dalaman kontemporari.

    Hiasan dalaman dapat menambah seri keindahan sesebuah bahagian atau ruang.

    Suatu ketika dulu, hiasan dalaman turut dijadikan sebagai sebahagian daripada proses pembinaan sesebuah bangunan.

    Profesion pereka dalaman dikatakan semakin berkembang mengikut keperluan masyarakat dan seni bina yang kompleks pula dihasilkan dari perkembangan proses perindustrian.

    Malah arkitek turut bertanggungjawab sebagai pereka dalaman ketika India kuno.

    Buktinya, terdapat arca yang menggambarkan teks dan peristiwa kuno dilihat pada istana yang dibina pada abad ke-17 di India.

    Jelas sekali sepanjang abad ke-17, 18 dan ke awal abad 19, hiasan dalaman antara perkara penting pemilik kediaman, pelukis dan pekerja upholsteri.

    Arkitek pula dilihat menggunakan tukang mahir untuk menyelesaikan reka bentuk atau ruang dalaman bangunan mereka.

    Pada pertengahan abad ke-19, perkhidmatan reka bentuk dalaman berkembang dengan pesat, khususnya golongan kelas menengah di negara perindustrian.

    Firma perabot yang besar mula beroperasi dengan memberi tumpuan kepada reka bentuk dan pengurusan ruang dalaman.

    Selain menawarkan perabot kediaman yang lengkap dalam pelbagai gaya.

    Model perniagaan itu terus berkembang hingga tahun 1914. Kemunculan reka bentuk dalaman profesional pada pertengahan abad ke-20 pula membawa kelainan tersendiri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda