Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hiasan lampu di ruang tangga

    LALUAN tangga dalam rekaan kediaman sering diabaikan kerana kebiasaannya ruang terbabit terletak di sudut tersembunyi.

    Namun dengan menitipkan sedikit usaha menerusi pemilihan lampu hiasan, laluan tangga boleh memberi pesona tertentu dalam melengkapkan tema keseluruhan ruang dalaman.

    Di sini beberapa panduan boleh diikut dalam menata hias ruang terbabit menerusi penggunaan lampu hiasan tertentu.

    1. Memilih lampu mengikut tema rekaan dalaman

    Kini pelbagai rekaan lampu ditawarkan bagi memenuhi konsep tertentu. Lampu berkaki dan bulat umpamanya sesuai digunakan pada rekaan bertemakan industri.

    Saranan buat pemilik kediaman konsep tradisional, lampu jenis lantera sesuai diketengahkan. Sementara lampu kristal pula sesuai untuk konsep mewah atau glamor.

    Tangga ialah ruang sempit dan kaedah ini dapat menghidupkan suasana sekitar.

    2. Kaedah lapisan atau penggunaan beberapa sumber cahaya pada ruang tertentu

    Tangga ialah ruang sempit dan kaedah ini dapat menghidupkan suasana sekitar. Jadi reka letak atau kedudukan lampu itu penting bagi membolehkan anak tangga mudah dilalui tanpa menggunakan banyak lampu banyak.

    3. Lampu mengikut keluasan tangga

    Andai ruang tangga terlalu sempit, perincian atau aksesori lampu terbaik ialah jenis tampal terus ke dalam dinding atau anak tangga. Selain itu lampu rendah dengan penutup juga sesuai.

    4. Struktur tangga

    Ada sesetengah tangga kediaman menampilkan rekaan unik. Biasanya pada rumah tinggi dan lama, rekaan tangga jenis berlingkar atau ala victoria selain berbentuk jam pasir sering dibina bagi menghubungkan tingkat atas dengan bawah.

    Untuk tangga jenis ini, penggunaan lampu berjuntai dari siling lebih sesuai bagi menonjolkan ruang terbabit. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda